InstaForex

Total Pageviews

Saturday 2 April 2011

Pengenalan Forex Ataupun Matawang Asing


PENGENALAN FOREX

Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $3.5 trillion sehari!!.

Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan. Merupakan pasar terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion pada hari pasaran dibuka.

Mata wang terbahagi kepada 2 iaitu Utama dan Kecil (minor). Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara besar-besaran.

Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan mestilah ada beli dan jual. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (dolar AS).

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan urus niaga matawang dan Ia juga dipanggil spot market atau pun FX merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24jam secara berterusan.Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4000 bank dari seluruh dunia.

Pergerakan pasar Forex bermula dari pasar New Zealand & Australia yang, terus ke pasar Asia iaitu Jepun Singapura & Hongkong, ke pasar Eropah iaitu Jerman sampai ke pasar Amerika.

Dalam perkembangan sejarahnya, bank Pusat milik negara-negara dengan cadangan mata wang asing yang terbesar sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasar forex yang bebas.

Menurut kajian BIS (Bank International for Settlement bank sentral dunia), yang dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasar forex mencapai lebih dari USD$1,4 Trillion per hari dan pada masa ini Transaksi harian melibatkan 4 trillion US Dollar.
Dengan demikian, prospek untuk melabur di perdagangan forex adalah sangat bagus sejak Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil bermula tahun 1996.

FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular keranaa ROI (Return On Investment ) serta profit yang akan di jana melebihi rata-rata perdagangan lain pada umumnya (biasanya rata-rata return berkisar lebih dari 5% - 10% per bulannya, bahkan boleh mencapai lebih dari 100% per bulannya untuk professional trader).

Akibat pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga mempunyai resiko tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengurusan kewangan yang baik.

Tiada headquarters atau satu lokasi yang tertentu untuk melakukan transaksi pertukaran matawang dan Pada Masa ini Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan secara online melalui Internet dengan perkembangan teknologi.


SEJARAH MATAWANG ASING

Sejak zaman dahulu, manusia telah melakukan perdagangan dengan sekelilingnya untuk berbagai alasan dengan cara sistem barter.

Seiring dengan perkembangnya zaman dan peradaban sistem barter ini gugur kerana mempunyai banyak kelemahan sehingga ditemukan sistem – sistem pembayaran yang baru yang sampai pada akhirnya dengan menggunakan wang sebagai alat pertukaran dan pembayaran.

Sistem pembayaran dengan menggunakan wang juga mempunyai kelemahan untuk bertransaksi dengan suatu negara yang memiliki jenis mata wang yang berbeda.

Keperluan akan nilai tukar timbul kerana mata wang suatu negara biasanya tidak diterima sebagai media atau alat tukar di negara lain.

Hubungan perdagangan antarabangsa menimbulkan adanya permintaan dan penawaran terhadap beberapa mata wang.

Perkara ini kemudian menyebabkan perkembangan pada bursa pertukaran mata wang asing, sehingga diperlukan pengatur untuk berjuta-juta transaksi permintaan dan penawaran yang terjadi setiap hari, yang menuju pada penentu nilai tukar mata wang asing.

Sejarah pertukaran/perdagangan mata wang dapat dikatakan seusia wang itu sendiri dan baru mendapat perhatian yang serius oleh banyak negara pada dekad terakhir ini.

Kalau ditinjau pada dekad standard emas (1880 – pecahnya PD I), pada masa tersebut wang dijamin oleh emas tulin (murni) yang merupakan standard negara tersebut. Defisit neraca pembayaran akan ditutup dengan transfer emas, hingga mengakibatkan money supply menurun dan harga di luar negeri seakan naik, sehingga hal ini akan meningkatkan ekspor sampai defisit hilang, demikian sebaliknya. Dengan demikian, nilai mata wang relatif stabil.

Sampai Perang Dunia I, piawaian emas memungkinkan tercapainya tingkat koreksi yang tinggi terhadap neraca pembayaran. Tetapi, tidak demikian pada saat peperangan, kemungkinan besar kerana tumbuhnya syarikat-syarikat perdagangan dan perusahaan-perusahaan besar, adanya jaminan upah dan harga sehingga tidak mudah menurunkan kecenderungan tersebut, yang berdampak berkurangnya lapangan pekerjaan. Karena membengkaknya pengangguran pada awal 1930-an, piawaian emas tidak dipakai lagi.
Setelah perang dunia selesai dan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930an, dunia menginginkan suatu kestabilan ekonomi yang lebih baik.

Sehingga pada tanggal 22 Juli 1944, atas prakarsa dari Amerika Serikat, diadakan suatu persidangan kewangan antarabangsa yang dikenali dengan : “The Bretton Woods Conference“, yang dihadiri 44 negara. Usul yang diajukan oleh delegasi Amerika Serikat (White Plan) menyusun rencana-rencana dasar yang disetujui.

Dalam persidangan tersebut, diciptakan suatu system pertukaran mata wang tetap yang disebut dengan “Fixed Exchange Rate System“, yang mempunyai beberapa persamaan dengan standard emas, di mana memuat ketentuan :
1.   Tiap negara menetapkan nilai tukarnya terhadap mata wang USD;
2.   Amerika menetapkan nilai USD terhadap emas (USD 35/ounce);
3.   Amerika akan menjual emas dengan harga tetap kepada pemegang resmi dari mata wang USD;
4.   Perubahan nilai tukar mata wang terhadap USD tidak boleh melebihi 1%, bila terpaksa boleh sampai max 10%.

Sejak itu negara – negara di dunia serta Amerika mulai tumbuh dengan pesat dan dua tahun setelah persidangan tersebut, didirikan lembaga kewangan antarabangsa & Bank Dunia yang kita kenal saat ini dengan IMF (International Monetary Fund) dan Word Bank, untuk mengawasi sistem tersebut.

Kemudian perubahan terjadi di Amerika, pada periode tahun 1960-an, defisit neraca pembayaran Amerika memaksa negara tersebut melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 18 billion kerana Perancis menukarkan USD-nya dengan emas dan dilanjutkan pada periode tahun 1970-an, Amerika kembali harus melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 11 billion. Buruknya perekonomian Amerika pada waktu itu menyebabkan masyarakat dunia kurang percaya terhadap USD.

Dan di negara yang memiliki mata wang yang kuat kerana memiliki cadangan emas yang cukup seperti Swiss dan Jerman, mereka menukarkan USD-nya dengan mata wang mereka iaitu CHF dan MDK. Hal ini menyebabkan hutang jangka pendek yang hampir jatuh tempoh di Amerika mencapai hampir dua kali cadangan emasnya.

Sistem Bretton Wood hanya mampu bertahan hampir mencapai 30 tahun, pada tanggal 15 Ogos 1971, Presiden Nixon mengumumkan perubahan system nilai tukar untuk USD dengan membiarkan nilai tukarnya terapung (Floating Exchange Rate System), hal ini ditegaskan kembali dalam suatu persidangan di Washington pada tanggal 17-18 Desember 1971 (SMITHSONIAN CONFERENCE), dari sinilah lahirnya nilai tukaran terapung dan berlaku sampai dengan sekarang.

Setelah Presiden Nixon menetapkan nilai terapung untuk mata wang USD, banyak negara yang memutuskan untuk mengapungkan nilai tukarnya, seperti : Jerman, Inggris, Belanda, bahkan Jepun dan tahun – tahun berikutnya banyak negara di dunia yang membiarkan nilai wangnya terapung sesuai dengan mekanisme pasar, iaitu kekuatan permintaan dan penawaran.


ISTILAH-ISTILAH FOREX

Quote Kadar matawang yang terdiri daripada 2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). Nilai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader). Marketiva menggunakan Bid/Offer.

Pip (point) Setiap pergerakan naik atau turun dikira sebagai unit pip atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan 50.00USD sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu pip yang diperolehi membawa nilai 0.50USD. Sekiranya satu posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pips, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah 5.00USD.

Posisi Long (Buy) Ini adalah posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik.

Posisi Short (Sell) Ini adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah bagi mengaut keuntungan. Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.

High, Low, Open & Close High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Open - harga permulaan trade pada hari itu Close - harga penutup trade pada hari itu

Market Order Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid) dan anda meletakkan posisi BUY ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target Profit (TP) sebanyak 8 pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8 pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.

Stop Order / Limit Order Buy limit kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy. 

Buy stop kalau anda hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy Sell limit kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell.
Sell stop kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.

Available Margin Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung (-rugi). Available Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)


KEKELIRUAN DIANTARA PERTUKARAN MATAWANG ASING DAN SKIM CEPAT KAYA

Skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, gemar menyatakan keuntungan urusniaga mereka dijana daripada aktiviti berrniaga pertukaran asing. Aktiviti skim cepat kaya sebenarnya cumalah permainan Sistem Ponzi.

Disebabkan skim penipuan kerap menggunakan nama pertukaran asing dan juga ciri-ciri semulajadi pasaran pertukaran asing yang menang berisiko tinggi sehingga kerap merugikan individu terlibat dan juga negara, maka Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk bermain pertukaran asing.
Bank Negara Malaysia menetapkan hanya bank-bank sahaja dibenarkan melakukan aktiviti pertukaran asing.
Pelabur individu pula masih dibenarkan berniaga pertukaran asing jika syarikat broker tersebut tidak bertapak di dalam negara.

Oleh itu pelabur Malaysia kerap berniaga pertukaran asing secara dalam talian yang disediakan oleh syarikat broker dari negara luar


MATA WANG

Mata wang adalah satu unit bagi pertukaran, pemudahan pemindahan barangan dan/atau perkhidmatan.

Ia adalah duit syiling dan kertas bil yang digunakan sebagai wang.

Ia adalah satu bentuk bagi wang, di mana wang adalah apa-apa sahaja yang bertindak sebagai satu medium pertukaran, satu simpanan nilai, dan satu nilai standard.

Mata wang-mata wang adalah medium pertukaran kedominanan

Dalam kebanyakan kes, setiap bank pusat swasta mempunyai kawalan monopoli ke atas bekalan dan pengeluaran bagi mata wang sendirinya.

Untuk memudahkan perdagangan antara zon-zon mata wang, terdapat kadar pertukaran, yang merupakan harga mata wang (dan barangan dan perkhidmatan bagi individu zon mata wang) yang boleh dipertukarkan antara satu sama lain.

Di Dalam Perniagaan Forex atau Matawang, Ia terbahagi kepada 2 iaitu major dan minor. Major ialah matawang yang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD & CAD . Minor ialah matawang-matawang selain daripada
matawang major.

Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan cross pair.

Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan dengan USD.

Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.








PERBEZAAN FOREX TRADISONAL DAN FOREX MODEN (platform online)

Untuk pasar forex traditional leverage yang dipakai adalah 1:1, atau bererti untuk bertrading senilai $5000 anda memerlukan wang $5000 pula,atau bererti di pasar forex traditional memerlukan modal yang besar, dan umumnya perdagangan forex traditional dilakukan secara offline (biasanya di money changer atau di bank).

Sedangkan pasar forex modern dalam perdagangannya menggunakan leverage (daya ungkit / contract size) yang umumnya 100:1 , Perdagangannya pun menggunakan media online.

Jadi di forex modern, anda hanya perlu mengeluarkan modal $50 saja untuk membolehkan anda bertrading di jumlah $5000



PERBEZAAN DIANTARA FOREX DAN SAHAM


1.  Forex  = Peniaga menjual dan membeli matawang .

     Saham = Peniaga menjual dan membeli saham

2. Terdapat 7 matawang dunia yang utama iaitu US Dollar (USD),Japanese Yen (JPY),
   Euro(EUR),British Pound (GBP), Canadian Dollar (CAD), Australian Dollar (AUD),Swiss Franc (CHF).

Manakala untuk saham, terdapat beribu-ribu saham .

3.  Pembeli dan penjual Forex tidak terhad manakala pembeli dan penjual saham terhad.

4.  Forex senang di jual beli manakala ada sesetengah saham pula agak sukar untuk dijual.

5. Forex boleh diniagakan pada bila-bila masa dalam masa 24 jam sehari selama 5 hari berturut-turut manakala saham pula diniagakan pada waktu bekerja sahaja.

6.  Pasaran Forex mempunyai dua hala manakala pasaran saham pula mempunyai pasaran sehala sahaja.



WAKTU UTAMA PASARAN FOREX 

Terdapat 3 waktu berniaga di pasaran Forex yang paling utama iaitu Tokyo, London dan juga New York.

Asia :
       Pasaran Asia seperti Tokyo yang di buka jam 7 pagi waktu Malaysia dan di tutup pada jam 3 atau 4 petang .
Hongkong pula di buka pada jam 8 pagi waktu Malaysia dan di tutup pada jam 4 atau 5 petang.
Singapore juga di buka pada jam 8 pagi dan di tutup pada 4 atau 5 petang waktu Malaysia.

Europe :
       Pasaran Europe di buka pada jam 2 petang waktu Malaysia , Frankfurt jam 3 petang dan di tutup pada jam 11 atau pun 12 malam manakala pasaran London di buka pada jam 4 petang dan di tutup pada jam 12 malam ataupun 1 pagi.

America :
       Pasaran New York di buka pada jam 8 malam waktu Malaysia sehingga jam 3 ataupun 4 pagi. Manakala Chicago di buka pada 9 malam dan di tutup pada jam 4 ataupun 5 pagi.

Pacific :
        Pasaran Wellington akan di buka pada jam 5 pagi sehingga jam 1 dan 2 petang manakala pasaran Sidney di buka pada 6 pagi sehingga jam 2 atau 3 petang.

Pasaran paling aktif apabila 2 sesi bertemu iaitu sesi Pasaran Tokyo dan juga Pasaran London pada jam 4 dan 5 petang waktu Malaysia dan sesi Pasaran London bertemu Pasaran New York iaitu pada jam 8 malam sehingga jam 1 pagi waktu Malaysia


KEUNTUNGAN OLEH PEDAGANG FOREX

Untung dikira menggunakan konsep asas perniagaan iaitu:

Untung = Beli harga rendah ( buy low) dan jual dengan harga tinggi (sell high )

Untuk contoh di atas, katakan kita beli pada harga 1.8900, dan setelah harga naik sehingga 1.9000, kita jual matawang tersebut. Oleh itu, kita telah untung 100 pip. (1.9000 – 1.8900 = 100)

Trader mendapat untung dengan mengumpul pip. Pip ialah pergerakan price sebanyak 0.0001 atau 0.01 bergantung kepada currency pair yang anda pilih.

Nilai 1 pip bergantung kepada jenis akaun dan lot yang anda gunakan. 



JENIS PASARAN FOREX

Terdapat 2 jenis market iaitu Bullish & Bearish.


Bullish bermaksud market sedang menaik atau uptrend. Trader inginkan harga naik lebih tinggi.



Dalam market bullish, trader akan beli dahulu pada harga rendah (buy low first) dan jual kemudian pada harga tinggi (sell high later) untuk mendapatkan untung.



Pergerakan market adalah menaik atau dipanggil rallying.



Position anda untuk market bullish ialah BUY atau LONG.


Bearish bermaksud market sedang menurun atau downtrend.

Trader inginkan harga turun lebih rendah.

Dalam market bearish, trader akan jual dahulu pada harga tinggi (sell high first) dan beli kemudian pada harga rendah (buy low later) untuk mendapatkan untung. Konsep tetap sama, buy low dan sell high, cuma turutannya berbeza.

Pergerakan market adalah menurun atau dipanggil dipping.

Position anda untuk market bearish ialah SELL atau SHORT.

Konsep bearish ialah jual dahulu dan beli kemudian. Tetapi anda mungkin akan menganggap kita seolah-olah seperti menjual barang yang kita tiada. Konsep ini tidak sama dengan menjual barang dan tidak bermaksud menjual barang yang tiada.


KONSEP BUY DAN SELL

Dalam market bullish, contohnya graf USD/CHF, anda akan buy dahulu pada harga yang rendah, dan sell kemudian pada harga yang lebih tinggi.  Apabila anda BUY, sebenarnya anda buy USD pada harga rendah dan sell CHF pada harga tinggi.

Dalam market bearish, contohnya graf GBP/JPY, anda akan sell dahulu pada harga yang tinggi, dan buy kemudian pada harga yang lebih rendah. Apabila anda SELL, sebenarnya anda sell GBP pada harga tinggi dan buy JPY pada harga rendah.



MAKSUD PIP

Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Jika harga naik daripada 1.9005 ke 1.9006, ia dikatakan telah naik 1 pip. Apabila harga turun daripada 1.9005 ke 1.9004, ia dikatakan telah turun 1 pip.

1 pip = 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada currency pair yang anda pilih.